Tuesday, June 16, 2009

Lee Kuan Yew diharap beri pandangan yang ikhlas

Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew diharap ikhlas dalam melahirkan pandangannya tentang pemerintahan telus PAS di Kelantan selama 18 tahun dan perbandingannya dengan wajah Barisan N

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman menegaskan kesediaan Lee Kuan Yew bertemu dengan pimpinan PAS membuka satu era politik baru Malaysia yang tidak harus dipandang ringan memandangkan selama ini beliau tidak pernah bersangka baik dengan PAS.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Johor berpandangan, jika kerjasama dapat dijalinkan selepas ini, beliau mesti bersikap jujur dengan negara jiran serta menangani beberapa isu yang tertunggak secara adil.

"Sikap angkuh yang ditunjukkan beliau laksana Israel di Asia mesti dihentikan. Protes Singapura terhadap pembinaan Jambatan Bengkok menggantikan Tambak Johor yang sesak wajar dihentikan.

"Kami mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mendahulukan perbincangan untuk meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok yang sangat mendesak ketika ini dengan Singapura daripada isu jambatan ketiga yang diuar-uar dari Pengerang ke Singapura," katanya.

Dalam pada itu katanya, hubungan dua hala Malaysia-Singapura yang berat sebelah boleh dibaiki walaupun perasaan rakyat Malaysia terguris dengan isu Pulau Batu Putih dan Iskandar Malaysia yang tidak akan padam sampai bila-bila.

Sehubungan itu katanya, sungguhpun mengalukan pertemuan bersejarah Lee Kuan Yew dengan pimpinan PAS, PAS Johor khususnya sentiasa berwaspada dengan agenda tersirat mantan Perdana Menteri Singapura itu. -

-harakahdaily